Usahawan Muda Kuala Kurau – Penternakan Dan Pertanian

Keusahawanan | 9 December 2016

En. Mohamad Syahir bin Walat, 27 tahun adalah salah seorang usahawan yang terdapat di Kuala Kurau. Beliau adalah usahawan di dalam bidang Pertanian dan Penternakan. Selain mengusahakan sawah, ladang kelapa sawit, beliau juga menternak Kambing dan Ayam Kampung. Sebelum berjinak dengan dunia pertanian dengan penternakan, beliau adalah seorang Jurutera Elektronik.