USAHAWAN I : Penternakan
Nama | : Zulkifli bin Ahmad |
Umur | : 29 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar Belakang
Encik Zulkifli Seorang Usahawan yang menetap di sekitar Pekan Kuala Kurau.
Sebelum Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau, beliau hanya mempromosikan perkhidmatan beliau secara persendirian.
Selepas Penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas penglibatan, Encik Zulkifli menyertai kelas-kelas yang telah di Pusat Internet dan beliau belajar cara mempromosikan perniagaannya melalui media Sosial
_______________________________________________________________________________________
USAHAWAN II : Butik Jahitan Baju Pengantin
Nama | : Fauziah Binti Din |
Umur | : 49 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar Belakang
Fauziah Binti Din atau lebih dikenali dengan nama Kak Gee telah berkecimpung dalam bidang jahitan sejak zaman remajanya lagi. Beliau belajar menjahit daripada ibunya sendiri. Disebabkan bidang jahitan mempu memberi impak positif pada masa kini, Kak Gee menyambung pelajarannya dalam bidang Diploma Kemahiran jahitan (DKM) pada tahun 2017. Dan beliau dikurniakan Diploma pada tahun 2018. Beliau mempunyai kedai jahit sendiri yang disewa daripada Majlis Daerah Kerian (MDK) yang terletak di Kuala kurau.
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri di PI, beliau hanya menjalankan perniagaannya secara offline. Hanya individu yang mengetahui kedai beliau sahaja menjadi pelanggan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Melalui kursus keusahawan yang telah dianjurkan di PI beliau mula mempromosikan perniagaan online melalui wasap dan juga facebook. Dan hasil pembelajaran Beliau di PI, beliau mendapat banyak tempahan baju daripada pelanggan, secara tidak langsung mampu meningkatkan jumlah pendapatan dalam bidang yang diceburinya
____________________________________________________________________________________