Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan 1 program dimana pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bekerjasama dengan TM Bhd dan MSD Intelligence SDN BHD menyediakan capaian internet jalur lebar. Tujuan PI1M ini ditubuhkan adalah bagi memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk mendapatkan capaian internet yang baik dan memberi pendedahan kepada mereka tentang kemudahan-kemudahan IT.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) sebagai titik permulaan bagi memperkenalkan rangkaian internet seperti kerajaan elektronik (e-government), rangkaian sekolah (schoolnet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Comunity Centre) kepada komuniti luar bandar. Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan kerajaan untuk mewujudkan masyarakat Malaysia “Celit IT” menjelang tahu 2020.
PI1M juga berfungsi sebagai Pusat Ilmu dimana kami menawarkan Kelas Komputer juga pelbagai Kelas Usahawan untuk penduduk Kuala Kurau bermula dari kanak-kanak hingga dewasa secara percuma. Untuk usahawan pula kami amat menggalakkan untuk menyertai kelas-kelas usahawan yang kami jalankan bagi memperluaskan lagi pasaran produk ke seluruh Malaysia, lantas dapat meningkatkan ekonomi usahawan-usahawan Kuala Kurau. Selain itu, kami juga sering menjalankan program-program berkaitan kemudahan IT dan Usahawan untuk manfaat komuniti Kuala Kurau dimana jadual kelas dan program boleh rujuk di Portal PI1M Kuala Kurau juga di Facebook PI1M Pekan Kuala Kurau.
Selain kemudahan internet dan kelas, kami turut menyediakan kemudahan seperti fotostat, printing, pengimbas dan laminate. Waktu operasi serta maklumat berkenaan PI1M Pekan Kuala Kurau ada seperti berikut:
WAKTU OPERASI |
SETIAP HARI KECUALI CUTI UMUM 9.00 A.M – 6.00 P.M
REHAT 1.00 P.M – 2.00 P.M (SABTU – KHAMIS) 12.30 P.M – 2.30 P.M (JUMAAT)
|
ALAMAT |
NO. 6, FIRST FLOOR JALAN BESAR PEKAN KUALA KURAU, 34350 KUALA KURAU, PERAK.
|
|
|
PORTAL |
kualakurau.pi1m.my
|
|
https://www.facebook.com/Pusat-Internet-1-Malaysia-Pekan-Kuala-Kurau-1120331271358001/?fref=ts
|
PETUGAS |
PENGURUS : AL MUZAMIL MUSTAQIM BIN AL SHAARI 019 – 4792799
PENOLONG PENGURUS : ZULKIFLI BIN AHMAD 017- 5720283 |