KELAS OPEN TUITION DILEA APRIL 2026
| Tarikh | : 6,7,9,13 & 16 April 2026 |
| Masa | : 3.30 pm – 4.30 pm |
| Lokasi | : NADI Pekan Kuala Kurau |
Tujuan :
Program Open Tuition DILEA Tuisyen Rakyat oleh NADI Pusat Sebaran Maklumat Nasional bertujuan menyediakan kelas tuisyen percuma kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik dalam subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah serta Pengajian Am. Program ini memberi peluang pembelajaran berkualiti kepada semua pelajar dengan bimbingan guru berpengalaman, sekali gus meningkatkan kefahaman, keyakinan dan motivasi dalam pelajaran.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan merangkumi sesi pengajaran dan pembelajaran secara langsung, ulang kaji topik, perbincangan soalan, latihan pengukuhan serta bimbingan oleh guru berpengalaman bagi membantu pelajar memahami setiap subjek dengan lebih berkesan.
KELAS-KELAS YANG DITAWARKAN
BAHASA MELAYU | BAHASA INGGERIS | MATEMATIK | SAINS | SEJARAH | PENGAJIAN AM
Pelaksanaan: Kelas dijalankan sebanyak 2 Kali seminggu bagi 1 subjek ataupun 1 kali sebulan bagi 1 subjek.
Syarat: Terbuka kepada ahli NADI Tingkatan 1 Hingga Tingkatan 6
Inisiatif tuisyen ini merupakan usaha NADI Pusat Sebaran Maklumat Nasional dalam menyediakan kelas tuisyen percuma dan berkualiti kepada pelajar bagi membantu meningkatkan prestasi akademik, memperkukuh kefahaman dalam subjek teras serta memastikan akses pendidikan yang lebih saksama kepada semua lapisan masyarakat.