Sedikit penerangan kepada sebahagian adik-adik Ahli PI1M Pekan Kuala Kurau tentang cara sistem internet menjelajah seluruh dunia dengan hanya satu klik sahaja, dan juga bagaimana sebuah komputer dapat beroperasi dengan adanya capaian internet. Mereka sangat teruja dengan kecanggihan teknologi internet masa kini dan berazam untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai teknologi ini supaya dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga, bangsa dan negara.